BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 29, 2008

Cerita

disebab kan takde sape2 nak post crite baru dr die eng. so aku sebagai pemantau blog die eng ni post laa crite rekaan semata mata. bukan ape nak penuh kan story lam blog nie jer. so aku bagi laa crite biasa boleh laa korang bace ek

crite 1
Seorang kaya bersiar siar dalam sebuah kampung. Lalu tersempak laa dengan sekeluarga miskin yang sedang memakan rumput…
Org Kaya : Kenapa kau makan rumput ?
Org Miskin : Aku makan rumput kerana aku terlalu lapar.
Org Kaya : Sedap ke makan rumput ni ?
Org Miskin : Setelah tak makan seminggu, rumput inilah makanan paling sedap.
Org Kaya : Apa kata kalau kamu ikut aku ke rumahku. Aku belanja kamu makan besar.
Org Miskin : Betul ke ni Org Kaya ? Boleh ke aku bawa keluarga aku bersama ?
Org Kaya : Boleh. Lagi ramai lagi bagus !
Org Miskin : Terima kasih wahai Org Kaya. Tapi makanan cukup ke untuk kami sekeluarga yang ramai ni ?
Org Kaya : Gerenti cukup ! Rumput lalang kat rumah aku tu lebih dua meter tinggi nye !

hahaha.......

crite 2
Suatu malam seorang isteri meminta wang belanja tambahan dari suaminya seorang yang kedekut.Lalu suaminya mengeluarkan wang RM 5000 dari poketnya lalu berjalan ke arah cermin.
"Awak tengok wang yang di dalam cermin itu ?" sambil menunjuk kedalam cermin..."Awak ambil yang itu.. dan yang diluar cermin ini.. adalah wang saya!"
Malam berikutnya si suami terkejut ketika baru balik dari pejabat dan melihat ada satey kambing serta rendang di meja makan. Lalu ia bertanya kepada isterinya,"Mana awak dapat wang untuk beli semua ni?
"Isterinya tidak menjawab... dan terus menarik tangan suaminya masuk kebilik.Di dalam bilik.. suaminya mengulangi pertanyaannya.. lalu si isteri pun menanggalkan semua pakaiannya dan berjalan ke depan cermin.."Awak lihat tubuh yang di dalam cermin itu ?" sambil menunjuk kedalam cermin..."Itu adalah kepunyaanmu... dan yang diluar cermin ini pula adalah kepunyaan penjual satey ini !"

hahaha moral jgn kedekut kat bini ek.....

crite 3
Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro ngan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik.
Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal d iatas kepala perempuan itu. Memula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit... "I AM ZORRO... .."Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu. Dengan jobonye jugak... . si Robin Hood kata... "I AM ROBIN HOOD...
"Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu.Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu plak. ZZZZUUUUUPPPPP... ... ... ... .!!!! PPRRAAPP.Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata..."I AM SORRY... .!!"

hahaha....

k lah ni je dulu yg boleh aku post.

nanti aku antar pantun lak.....

create by cimoi....

0 comments: